EUR/USD Apa Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Masa Terdekat Ini?

0 825

Matawang Euro telah jatuh ke paras terendah dua bulan lalu berbanding US dollar pada Rabu berikutan data aktiviti ekonomi yang kurang memberangsangkan.

 

Data awal pada Oktober telah mendedahkan aktiviti ekonomi yang semakin perlahan di Jerman dan Zon-Eropah. Hal ini dilihat dalam data PMI sektor perkhidmatan, pembuatan dan komposit.

 

 

IHS Markit yang mengeluarkan data ini berkata, “Kadar pertumbuhan ekonomi di Zon-Eropah meleset pada Oktober dengan data PMI merekodkan bacaan yang mengecewakan. Tinjauan yang dijalankan Markit menunjukkan pertumbuhan ekonomi bakal naik 0.3% pada suku keempat dan petunjuk ekonomi hadapan menggambarkan momentum ekonomi Zon-Eropah akan berkurangan dalam beberapa bulan akan datang.

 

US dollar adalah antara matawang terkuat pada Rabu dengan membuat kenaikan sehingga hampir 100 pip berbanding Euro.

 

Dalam perkembangan di Amerika Syarikat, Presiden Trump baru-baru ini telah mengkritik kenaikan kadar faedah The Fed. Trump berkata, “Saya tidak begitu gembira kerana Obama miliki kadar faedah sifar. Setiap kali kami buat perkara yang hebat, [Jerome Powell] menaikkan kadar faedah. Dia seperti gembira menaikkan kadar faedah.

 

Kadar faedah yang tinggi sudah tentu masalah kepada Presiden Trump kerana mampu mengurangkan eksport berikutan pengukuhan US dollar.

 

Dari segi pasangan matawang EUR/USD, berkemungkinan pergerakan agak voaltile (turun-naik) dengan data PMI Amerika Syarikat pula akan dikeluarkan pada malam ini dan juga beberapa ucapan dari ahli The Fed.

 

Dengan jangkaan data PMI itu, US dollar berkemungkinan melemah dan memberi ruang kepada kenaikan Euro. Data PMI AS dijangka merekodkan aktiviti ekonomi yang perlahan di Amerika yang mana cukup untuk menekan US dollar.

 

Lebih signifikan adalah ucapan oleh ahli-ahli The Fed selepas pengumuman data PMI AS iaitu Fed Bullard, Loretta Mester dan Raphael Bostic.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa