Share This Post

EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / NZD/USD / Sesi Eropah / USD/JPY

Euro Kembali Stabil Setelah Terjun Ke Paras Terburuk Semenjak Mac 2015 Pagi Tadi!

Euro Kembali Stabil Setelah Terjun Ke Paras Terburuk Semenjak Mac 2015 Pagi Tadi!

Euro kembali pulih setelah menjunam pagi tadi selepas rakyat Itali dikatakan menolak perubahan perlembagaan oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan Perdana Menteri Itali iaitu Matteo Renzi berundur.

EUR/USD bangkit setelah jatuh ke nilai paling rendah semenjak Mac 2015.

eur-usd-sesi-eropah-5-12

EUR/USD, 30 minit

telegram-moshed

Pair EUR/JPY dan EUR/GBP juga didagang stabil setelah jatuh pada sesi sebelum ini.

Matawang Euro mula berada di bawah tekanan setelah berlaku ketidaktentuan politik setelah Renzi berkata bahawa beliau mahu meletakkan jawatan sekiranya rakyat menolak reformasi perlembagaan.

Dalam sesi ini, US Dollar meningkat lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain berikutan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed terus menyokong permintaan bagi matawang gergasi tersebut.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan 6 matawang utama kali terakhir dinilai meningkat pada 0.19%.

Matawang gergasi ini terus menguat selepas data pekerjaan dikeluarkan positif minggu lepas.

Sementara itu, pair USD/JPY meningkat dalam sesi ini, manakala matawang Sterling tidak banyak berubah berbanding US Dollar.

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

NZD/USD juga menurun sebanyak 0.57% selepas Perdana Menteri negara itu berhasrat untuk tidak menyambung tugasnya sejurus selepas penggalnya tamat nanti.

NZD/USD, 30 minit

NZD/USD, 30 minit

Seorang Lagi Eksekutif Kanan Deutcshe Bank Letak Jawatan!

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal