728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

EUR/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Euro Mencanak Naik Dalam Sesi Dagangan Eropah Berbanding Matawang Gergasi

Euro Mencanak Naik Dalam Sesi Dagangan Eropah Berbanding Matawang Gergasi

Euro berjaya meningkatkan kedudukan berbanding US Dollar pada hari Jumaat selepas pengumuman positif data inflasi Zon Euro. Selain itu, keputusan mesyuarat terbaru Fed juga telah meletakkan kelemahan terhadap Greenback.

EUR/USD didagang pada 1.1103 pada lewat sesi dagangan Eropah.

EUR/USD, 15 minit

EUR/USD, 15 minit

telegram-moshed

 

Dalam laporan awal, Eurostat berkata pada Jumaat bahawa Indeks Harga Pengguna  (CPI) Zon Euro meningkat pada kadar tahunan sebanyak 0.2% pada bulan Julai.

Kadar core CPI, yang mengecualikan makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat sebnayk 0.9% pada bulan lepas sejajar dengan ramalan.

Sementara itu, Dollar terus menerima tekanan selepas keputusan Fed dibuat pada akhir mesyuarat dasar yang berlangsung selama 2 hari itu.

Peserta pasaran kini mengintai data pertumbuhan ekonomi suku kedua Amerika Syarikat yang dijadual bakal dikeluarkan pada lewat Jumaat. Data ini penting sebagai indikator yang lebih mendalam kepada kekuatan ekonomi.

Euro juga lebih tinggi berbanding pound, dengan EUR/GBP meningkat kepada 0.8426.

Juga pada hari Jumaat, Bank of England (BoE) melaporkan bahawa pinjaman bersih individu meningkat kepada  £ 5.2 billion pada bulan Jun berbanding £ 4.5 billion pada bulan Mei.

Penganalisis menjangkakan pinjaman bersih individu akan mencecah sehingga £ 4.2 billion bulan lalu.

Tetapi keuntungan pound terhad apabila pelabur beralih kepada mesyuarat dasar BoE minggu depan berikutan jangkaan yang semakin meningkat untuk mengurangkan kadar. The Financial Times melaporkan pada hari Selasa bahawa Martin Weale, ahli jawatankuasa penetapan kadar BOE, tidak menyatakan sokongan terhadap pelonggaran dasar. Beliau dikatakan lebih menggemari “rangsangan segera”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register