banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Euro Mencatat Kejutan Setelah Keputusan Mesyuarat FOMC Diumumkan

Euro Mencatat Kejutan Setelah Keputusan Mesyuarat FOMC Diumumkan

EUR/USD meningkat mendadak pada hari Rabu ke paras tertinggi dalam seminggu akibat penurunan yang tidak disangka-sangka terhadap US Dollar dan US Bond yields. Penurunan itu dicatat selepas FOMC memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Fed di Washington DC.

Pada sesi menaik, pair itu memuncak sehingga 1.1071 sebelum kembali jatuh sedikit kepada 1.1058. Sebelum pengumuman dibuat oleh FOMC, Euro jatuh serendah 1.0966 berbanding US Dollar dan berlegar sekitar angka terendah dalam tempoh 4 bulan. Pada Rabu, Euro masih jatuh kira-kira 3% kerana pengundi masih tidak menyangka keputusan UK untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada 24 Jun.

EUR/USD, 15 minit

EUR/USD, 15 minit

telegram-moshed

Pada petang Rabu, Jawatankuasa Pasaran Terbaru Persekutuan (FOMC) dalam undian 9-1 mencapai keputusan untuk meletakkan Kadar Dana Persekutuan tidak berubah pada paras di antara 0.25 dan 0.50%. Paling ketara, FOMC berkata pada mesyuarat sesi Julai itu bahawa risiko terhadap prospek ekonomi telah berkurangan. Selain itu, aktiviti ekonomi sejak pertemuan terakhir FOMC pada bulan Jun, telah berkembang pada kadar sederhana.

Pada bulan Disember, FOMC membubarkan Dasar Sifar Kadar Faedah setelah Kadar Dana Persekutuan 25 mata asas. Ia merupakan kenaikan kadar pertama oelh Fed dalam tempoh sedekad. Walaupun FOMC berkata pada Disember, kadar faedah boleh meningkat sebanyak 4 kali pada 2016. Bagaimanapun jawatankuasa hanya merendahkan unjuran itu hanya untuk 2 kadar kenaikan bagi tahun ini, dalam ramalan yang dikeluarkan pada bulan Jun.

“Jawatankuasa menjangkakan bahawa ekonomi akan berkembang pada masa akan datang. Kenaikan juga akan dicatat berdasarkan Kadar Dana Persekutuan. Kadar ini akan dijangka kekal untuk beberapa waktu, ke satu paras yang akan diguna pakai dalam jangka masa panjang,” ujar FOMC dalam satu kenyataan pada mesyuarat sesi Julai.

“Walaubagaimanapun, Kadar Dana Persekutuan ini akan bergantung kepada prospek ekonomi seperti yang dikeluarkan dalam laporan.”

Disamping itu, FOMC turut menyatakan bahawa langkah-langkah berasaskan pasaran inflasi akan kekal rendah. Hal ini berikutan kadar inflasi yang kekal di bawah 2% untuk jangka masa panjang. FOMC turut berkata, pasaran buruh mencatatkan pengukuhan pada bulan Jun disebabkan peningkatan jumlah buruh.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback jatuh lebih 0.4%. Dalam dagangan pada hari Isnin, indeks ini mencecah angka tertinggi dalam bulan April.

Di Euro, saham di Deutsche Bank jatuh hampir 4% kepada 13.63 selepas pendapatan suku kedua Bank German menjunam hampir 100% pada setiap tahun. Data pendapatan yang akan didedahkan pada Jumaat ini amat dinantikan daripada Lembaga Perbankan Eropah yang telah menjalankan ujian tekanan terhadap 51 bank terbesar di kawasan tersebut.

Yield untuk US 2-Year turun 4 mata asas kepada 0.722%, manakala US 10-Year pula menurun 5 mata asas kepada 1.503%. Sejak tahun lepas, 10-Year US treasuries telah merosot lebih 70 mata asas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register