Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Euro & Pound Terus Mengukuh Selepas Laporan Minit FOMC

Euro & Pound Terus Mengukuh Selepas Laporan Minit FOMC

Dolar lemah di sesi dagangan Asia hari Khamis selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan ketidakpastian terhadap kenaikan kadar faedah pada bulan Disember.

USD/JPY susut 0.11% kepada 112.38, manakala AUD/USD naik 0.23% kepada 0.7806 pada jam 9.30 pagi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenaback berbanding enam matawang lain semalam jatuh 0.33% kepada 92.79

Dalam minit FOMC pagi tadi juga menunjukkan bank pusat mengekalkan kadar faedah dan mengumumkan pengurangan pegangan bon pada bulan Oktober.

Selain itu, pembuat dasar Fed meneruskan perdebatan adakah perlu meneruskan peningkatan kadar faedah dalam keadaan inflasi yang lemah, dan apakah prospek yang akan bantu menolak inflasi untuk naik lebih laju.

Sebahagian daripada pembuat dasar juga bimbang dengan kesan ribut taufan sepanjang bulan lepas ke atas ekonomi. Ahli Fed akan terus meneliti data-data inflasi untuk beberapa bulan lagi sebelum membuat sebarang perubahan pada dasar monetary.

Laporan kaji selidik JOLTs US semalam yang mengukur permintaan dalam pasaran buruh, menunjukkan tawaran pekerjaan baru pada bulan Ogos turut kepada 6.082 juta, susut sedikit daripada jangkaan 6.125 juta.

Walaupun dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan pada Disember, dolar dilihat tidak berjaya mengekalkan momentum kenaikkan empat minggu berturut-turut sebelum ini. Sebahagian penganalisis mengatakan rate hike akan menyekat pergerakan inflasi, sekaligus menahan dolar untuk naik lebih tinggi.

Selain itu, matawang euro yang terus mendapat permintaan turut melemahkan dolar. Antara faktor yang menyokong pengukuhan euro adalah penangguhan pengumuman kemerdekaan oleh ketua Catalonia, Carles Puigdemont dan akan meneruskan rundingan bersama kerajaan Sepanyol sebelum membuat keputusan lanjut. Hal ini mengurangkan risiko ketidaktentuan politik di zon Eropah.

Matawang EUR/USD naik 0.49% pada sesi yang lalu, meneruskan peningkat 0.08% kepada 1.1868

Pound Sterling juga meningkat dengan sentimen yang semakin pulih sejak Isnin lalu. GBP/USD naik 0.20% kepada 1.3247

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!