Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar tiba-tiba merudum lebih 130 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.0845, selepas Greece diberitakan mungkin terpaksa memohon bantuan Russia bagi menyelesaikan kemelut ekonominya.  Euro Yen dilihat menjunam lebih 150 pips seawal sesi Asia lagi, apabila berita panas tersebut menular dalam pasaran.  Yen yang juga merupakan matawang safe-haven disamping Dollar dan Swiss Francs, mejadi pilihan selain emas ketika krisis.

Perdana menteri Greece, Alexis Tsipras dijadualkan bakal bertemu dengan presiden Vladimir Putin pada 8 April ini, bagi membincangkan bantuan kecemasan bagi mengatasi masalah pengeluaran dana secara besar-besaran oleh penyimpan di bank-bank Greece. Ketika ini Greece masih lagi menunggu pakej terakhir dari ‘troika’ – ECB, EU, IMF dan dijangka kehabisan dana pada 20 April ini.  ‘Troika’ masih membekukan dana bantuan, kerana masih tidak berpuas hati dengan pelan rancangan reformasi Greece.

Hari ini 4 negara teras dalam Euro-Zone – Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali – bakal melaporkan “manufacturing PMI” mereka yang kesemuanya dijangka lebih baik.  Di Amerika Syarikat pula, data “ADP employment change” yang juga dijangka lebih baik bakal dilaporkan.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register