728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Euro Dollar susut lebih 35 pips Isnin semalam, dalam dagangan tipis untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0555 sebelum menutup sekitar paras 1.0565; setelah jualan runcit Jerman menjunam dan trader bersedia untuk program rangsangan besar-besaran dari ECB minggu ini. Pada masa yang sama, Indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding 6 matawang utama, terus memacu naik untuk kembali ke paras tertinggi tahun ini, sekitar 100.35 yang dicapai Mac lepas, terus memberati Euro dan matawang utama lain.

Di pasaran Eropah, jualan runcit Jerman dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, apabila angka tersebut jatuh kepada -0.4% berbanding 0% pada bulan sebelumnya. Konsensus pasaran menjangkakan Jerman akan membuat jualan runcit yang lebih baik pada 0.3%. Namun, inflasi Jerman didapati meningkat dari 0% kepada 0.1% seperti yang dijangkakan pasaran. Keadaan ekonomi yang tidak menentu ini terus menguatkan sentimen untuk ransangan tambahan dari ECB dalam masa terdekat.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pertaruhan keatas peningkatan nilai Dollar, meningkat kepada paras tertinggi dalam lapan bulan pada minggu lepas.  Indeks Dollar masih hanya sekitar 60 hingga 70% daripada paras tertinggi yang dicapai pada bulan Mac dan April lalu. Fokus utama untuk pasaran minggu ini adalah siri mesyuarat bank pusat, terutamanya ECB pada hari Khamis; apabila ia dijangka akan mengurangkan kadar ke atas deposit Euro dan melanjutkan program pelonggaran kuantitatif.

Sebaliknya, Federal Reserve AS dijangka menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad pada pertengahan bulan Disember ini. Feds AS telah memegang kadar dana persekutuan di paras hampir sifar sejak krisis kewangan global pada tahun 2008. Beberapa pelabur terpedaya apabila Feds pada bulan September lalu, memutuskan untuk tidak menaikkan kadar ekoran kelemahan pertumbuhan global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register