728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar merudum lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0810 sebelum menutup sekitar paras $1.0830; setelah pengumuman data inflasi Euro-Zone dan jualan runcit Jerman yang lemah. Pada masa yang sama, Dollar AS melonjak mendapat permintaan untuk transaksi pembelian global, terutamanya minyak yang kini pulih. Inflasi Euro-Zone naik sedikit pada Januari, satu kelegaan sementara untuk Bank Pusat Eropah yang masih mungkin mengurangkan lagi kadar, apabila pertumbuhan harga boleh bertukar negatif pada musim bunga nanti.

Di pasaran Eropah, inflasi telah berlegar sekitar paras hampir sifar untuk lebih daripada satu tahun, jauh daripada sasaran ECB sebanyak 2%, dan Presiden ECB Mario Draghi telah berkata bahawa satu lagi pakej dasar pelonggaran boleh diumumkan seawal Mac ini. Inflasi, penunjuk utama yang di pantau oleh ECB, meningkat kepada 0.4% daripada 0.2%, manakala inflasi teras yang mengecualikan harga makanan dan tenaga yang turun naik, meningkat kepada 1% daripada 0.9% pada bulan sebelumnya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Sebelum daripada itu, Jens Weidmann, Presiden Bundesbank yang berpengaruh telah memberi amaran bahawa ramalan inflasi bagi tahun ini, mesti dikurangkan dengan ketara dan angka tersebut boleh bertukar negatif pada bulan-bulan yang akan datang.  Hari ini Sepanyol yang merupakan kuasa ekonomi teras Euro-Zone selain Perancis, Jerman, dan Itali, bakal melaporkan PMI Pembuatan yang dijangka menurun dari 53 mata kepada 52.5 mata. AS pula bakal melaporkan ISM PMI Pembuatan yang dijangka meningkat dari 48.2 mata kepada 48.6 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register