banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus menokok lebih 75 pips untuk hari ketiga berturut-turut Jumaat lalu, dari paras terendah harian sekitar 1.0925 ke setinggi 1.1005 sebelum menutup sekitar paras 1.0990; selepas kerisauan pasaran terhadap krisis Grexit sedikit kendur.  Para pelabur menjejaki rundingan antara Greece dan pemiutangnya, yang berlansung dalam mesyuarat menteri-menteri kewangan dari 7 negara-negara perindustrian utama (G7) di Jerman.

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde, yang menghadiri mesyuarat G7, dilaporkan memberi amaran tentang potensi untuk Greece keluar dari blok 19 negara Euro-Zone dan berkata senario itu bukan semudah “berjalan kaki di taman” untuk blok ekonomi Eropah itu. Greece adalah penentu yang tidak dijangka dari segi apa yang akan berlaku kepada Euro. Greece dan pemiutangnya telah merangka satu perjanjian yang akan memberikan Athens pelepasan hutang yang amat diperlukan.

telegram-moshed

Di Amerika Syarikat pula, laporan ekonomi yang menunjukkan prospek cerah untuk ekonomi AS, mencergaskan semula pembelian Dollar selepas jualan besar-besaran selama dua bulan, menurut Goldman Sachs Group Inc. Kejatuhan yang membawa mata wang Amerika itu kepada tiga bulan terendah berbanding Euro, kini sudah menjadi sejarah; asalkan laporan ekonomi yang disediakan “agak baik”, menurut Robin Brooks, ketua strategi matawang bank itu yang berpangkalan di New York.

Para pedagang telah mengurangkan pembelian Dolar sejak September, selepas penanda aras mata wang Amerika Syarikat itu merosot 6% daripada paras tertinggi pertengahan Mac lalu; di tengah-tengah laporan ekonomi AS yang begitu mengecewakan. Para pelabur kembali membuat pembelian baru, selepas data-data ekonomi AS mula keluar lebih baik dari jangkaan, dengan inflasi teras yang meningkat lebih cepat daripada ramalan penganalisis pada 22 Mei lalu. Data Non-Farm Payroll AS pada Jumaat ini bakal menjadi perhatian utama.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register