banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

Euro Dollar berada dalam pergerakan tidak menentu Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar $1.1120 ke paras tertinggi harian sekitar $1.1172, sebelum menutup sekitar paras $1.1128; selepas pengumuman laporan inflasi Euro-Zone yang suram.  Pada masa yang sama, pasaran mula mengambil untung jualan bagi menutup buku dagangan bulan Mei dengan kadar tukaran EUR/USD yang telah jatuh lebih 500 pips sejak awal Mei.

Di pasaran Eropah, agensi laporan Eurostat melaporkan inflasi yang memenuhi jangkaan tetapi suram dengan kejatuhan berterusan pada -0.1% dan kadar pengangguran mencatatkan 10.2% seperti yang dijangkakan.  Keadaan deflasi atau inflasi negatif ini telah berterusan sejak Februari lalu, buat kali pertama selepas Oktober 2015, mencatatkan deflasi pada -0.2%.  Kadar pengangguran yang tinggi juga menunjukkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang malap.

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar AS mula bergelut untuk pergi lebih tinggi, yang menurut Ketua Eksekutif FPG Securities, Koji Fukaya bahawa “pelabur ingin bertindak selepas melihat data ekonomi AS.” Laporan PMI pembuatan dan data sektor pekerjaan untuk bulan Mei akan menjadi perhatian pelabur sebelum mereka mengambil tindakan lanjut.

Feds sepatutnya menaikkan kadar “dalam beberapa bulan akan datang” jika pertumbuhan ekonomi meningkat dan pasaran buruh terus bertambah baik, menurut Pengerusi Feds Janet Yellen dalam ucapan terbaru beliau. Presiden Feds cawangan St Louis, James Bullard juga berkata semalam bahawa, pasaran global kelihatan “cukup bersedia” untuk kenaikan kadar musim panas, walaupun beliau tidak menyatakan tarikh bagi langkah tersebut.

Walau bagaimanapun, kebarangkalian kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC Jun depan menurun dari 31.9% kepada 22.5% dalam laporan terbaru FedWatch CME Group semalam, selepas laporan Chicago PMI dan keyakinan pengguna AS menurun dan meleset dari jangkaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register