EURUSD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

0 3

Euro Dollar yang memacu naik lebih 50 pips sepanjang sesi Asia Isnin semalam, kembali merudum lebih 100 pips sepanjang sesi Eropah dan Amerika Utara, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0860 sebelum menutup sekitar paras $1.0870; selepas laporan inflasi Eurozone meleset dari jangkaan, sekaligus menolak ECB untuk bertindak pada mesyuarat akhir Mac ini. Pada masa yang sama, jualan runcit Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan, dan menghadkan kejatuhan Euro.

Di pasaran Eropah, angka rasmi Statistik Eurostat menunjukkan harga pengguna (inflasi) di seluruh rantau Eropah telah turun 0.2% dibawah sifar pada Februari berbanding kenaikan 0.3% pada bulan sebelumnya. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kejatuhan besar dalam kos tenaga, yang 8% lebih rendah berbanding 5.4% pada bulan sebelumnya. Sejak ECB mensasarkan inflasi di bawah 2%, inflasi negatif boleh bermakna ia terpaksa memotong lagi kadar atau menambah ransangan program pembelian bon.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 10.4% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan PMI Pembuatan yang dijangka meningkat daripada 48.2 mata kepada 48.5 mata.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa