728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004Euro Dollar menerjah paras tertinggi Isnin, sekitar 1.2340, pada Selasa sesi pembukaan London dan memecah hampir 100 mata untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2430 pada sesi pagi New York.  Permintaan terhadap Euro ini disokong oleh data “trade balance” Jerman yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan walaupun satu laporan dari agensi penarafan Fitch pada Selasa yang menurunkan jangkaan perkembangan ekonomi global dengan memberi amaran tentang Euro-Zone yang masih lagi rapuh.

Menurut laporan itu lagi, peningkatan permintaan di dalam ekonomi Jerman amat mustahak untuk masa depan Euro, dan menjangkakan perkembangan ekonomi sebanyak 0.8% untuk 2014 dan 1.1% untuk 2015.  Ini adalah kurang dari jangkaan pada September lalu iaitu 0.9% untuk 2014 dan 1.4% untuk 2015.

Fitch terus melaporkan, walaupun ECB terus memberi pakej ransangan ekonomi; perkembangan Euro-Zone dikekang oleh penguncupan sektor swasta, risiko geo-politik terkesan dari Ukraine, dan struktur ekonomi yang meruncing.  Euro-Zone dijangka terus dibelenggu masalah pengangguran dengan kadar lebih 11% sehingga 2016.  Tiada data ekonomi untuk Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register