728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus memacu untuk hari kedua Rabu semalam, naik lebih 160 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.1040 sebelum menutup sekitar paras 1.1025; setelah para trader memutuskan Presiden ECB Encik Draghi tidak akan menambah ransangan tambahan dalam masa terdekat. Pada masa yang sama, Dollar AS yang lemah terkesan dari para pelabur yang mengambil untung belian, juga membantu pendakian Euro.

Di pasaran Eropah, kalendar ekonomi yang agak ringan minggu ini menyebabkan tumpuan akan diberikan kepada ucapan dari pegawai-pegawai ECB seperti Ewald Nowotny dan Ardo Hansson tentang tanda-tanda imbangan kuasa di Majlis Pentadbiran Bank Pusat Eropah.  Kesediaan ECB untuk mengambil lebih banyak tindakan untuk melonggarkan dasar pada tahun depan, kelihatan semakin sama penting bagi nilai Euro Dollar, dengan kenaikan kadar Federal Reserve yang dijangka pada minggu depan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat akan melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka menurun dari 269 ribu kepada 266 ribu pemohon, serta harga import yang dijangka terus jatuh dari -0.5% kepada -0.8%.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register