728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar terus memacu naik lebih 170 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1335 sebelum menutup sekitar paras $1.1290; setelah kejatuhan Dollar AS berlanjutan menjelang keterangan Janet Yellen kepada penggubal undang-undang Amerika Syarikat. Dalam satu laporan lain, pengeluaran perindustrian Jerman tidak disangka-sangka jatuh untuk bulan kedua pada bulan Disember lalu, satu petanda bahawa kelembapan dalam pasaran eksport utama telah menahan aktiviti perkilangan walaupun terdapat permintaan domestik yang kukuh.

Output, diselaraskan untuk perubahan bermusim, jatuh 1.2% daripada bulan November, apabila ia menurun sebanyak 0.1%, menurut data daripada Kementerian Ekonomi di Berlin semalam. Bacaan tersebut yang cenderung untuk menjadi tidak menentu, dibandingkan dengan anggaran median bagi kenaikan sebanyak 0.5% dalam kaji selidik Bloomberg. Penurunan itu datang pada masa kos bahan api dan pengangguran yang rendah, sekaligus mengukuhkan perbelanjaan pengguna. Namun, pertumbuhan di China dan negara membangun yang semakin perlahan, telah mengekang pengeluaran untuk eksport.

Pada masa yang sama, perkembangan domestik membantu untuk memangkin pertumbuhan di Jerman. Pengangguran merosot kepada 6.2% pada bulan Januari, yang merupakan paras terendah sejak penyatuan semula Jerman. Dalam ulasan yang berasingan, penganalisis penyelidikan MetisEtrade Cherica Y. Vicente berkata, pelabur terpengaruh dengan data pekerjaan AS Jumaat lepas yang menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu hanya mencatatkan 151 ribu pekerjaan pada bulan Januari – jatuh meleset dari 189 ribu yang dijangka.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register