Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mac 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.0945 ke setinggi $1.1035, sebelum menutup sekitar paras $1.1000; setelah pasaran bersedia menjelang mesyuarat dan keputusan kadar ECB pada malam ini.  ECB dijangka menurunkan kadar ke paras negatif dan mengumumkan tambahan pembelian bon bagi menjana ekonomi Euro-Zone.

Dengan ketiadaan sebarang laporan berimpak tinggi dari Eropah semalam, pelabur mengatur strategi untuk menghadapi mesyuarat ECB malam ini. Ramai yang berhati-hati, terutamanya selepas ECB mengecewakan pasaran pada Disember lalu, yang menyebabkan ramai penjual Euro kerugian.  Kali ini pelabur menjangkakan penurunan kadar deposit sebanyak 10 mata asas kepada 0.4% dibawah sifar dan kadar pinjaman dikekalkan pada 0.05%.

Terdapat juga penganalisis yang menjangka penurunan sebanyak 20 mata asas, dan seandainya ECB gagal memenuhi jangkaan pasaran, risikonya adalah lonjakan nilai Euro seperti yang berlaku pada Disember lalu.

telegram-moshed

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal