728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips, dari paras tertinggi harian sekitar $1.1420 ke serendah $1.1375, sebelum menutup sekitar paras $1.1380; setelah pasaran terumbang-ambing antara pemulihan ekonomi Euro-Zone dan penghindaran risiko global yang menyaksikan Dollar mendapat permintaan.  Laporan NFP yang bercampur-campur memberikan lonjakan positif untuk Euro, tetapi Dollar cepat kembali mendapat permintaan selepas pasaran memberikan perhatian kepada kenaikan pendapatan purata.

Pada mesyuarat ECB Mac lalu, Presiden Mario Draghi menjelaskan bahawa ECB tidak lagi mensasarkan saluran matawang dengan dasar pelonggaran kewangan yang tidak konvensional itu.  Ini adalah satu peralihan psikologi yang penting: jika ECB merasakan bahawa ia tidak lagi berkesan dalam mengekalkan nilai Euro ke bawah. Selagi data ekonomi terus bertambah baik dan jangkaan inflasi semakin menunjukkan potensi kenaikan lebih tinggi; maka para trader tidak perlu mengharapkan ECB untuk melangkah kembali ke dalam pasaran dalam masa terdekat.

Menteri-menteri kewangan Euro-Zone mengadakan mesyuarat tergempar semalam untuk cuba membincangkan perjanjian pembaharuan baru untuk Greece, selepas kebimbangan berulangnya kembali rundingan menyelamat seperti pada tahun-tahun lepas. Menteri-menteri dari 19 negara yang menggunakan Euro – Eurogroup – juga akan membincangkan pelepasan hutang untuk Greece, dimana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menuntut sebagai syarat untuk perjanjian baru.

telegram-moshed

Masa terus berlalu untuk Greece terus menyiapkan kajian pertama yang telah lama terhenti, iaitu perjanjian bayaran EU-IMF sebanyak €86 bilion ($95 bilion) yang akan membuka apa-apa kekangan wang berjumlah berbilion-bilion Euro untuk membayar Bank Pusat Eropah (ECB) pada bulan Julai ini.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register