728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar kembali memacu naik lebih 110 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1040 sebelum menutup sekitar paras 1.1020; setelah pasaran tidak banyak memberikan reaksi kepada ucapan Ahli Feds AS Lockhart dan Fisher. Tambahan pula pasaran masih menumpu kepada kejatuhan teruk pasaran saham di China.

Di pasaran Eropah, rundingan dengan Greece seolah-olah berjalan lancar dan para pedagang menantikan data GDP dan inflasi Jerman pada lewat minggu ini. Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schäuble telah mengatakan, Greece tidak boleh menerima pelepasan hutang daripada pemiutang Eropah kerana pemiutang rasmi Eropah dilarang oleh perjanjian Eropah untuk memberikan pelepasan hutang.

Walaubagaimanapun, apabila pinjaman telah dibuat, mana-mana pemberi pinjaman mendedahkan dirinya kepada risiko hutang tidak berbayar.Apa yang menjadi kebimbangan Schäuble ialah sistem pengurusan krisis yang dibina dengan teliti tetapi rapuh, yang bertujuan untuk melindungi Jerman daripada membayar bil-bil negara Euro-Zone yang lain kini terancam.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register