728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar susut lebih 95 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0925 sebelum menutup sekitar paras $1.0940; setelah data ekonomi Perancis memberi peringatan tentang cabaran yang dihadapi oleh pembuat dasar Euro-Zone dalam menjana pertumbuhan dan inflasi. Mata wang tunggal Eropah berundur dari paras paling kukuh dalam masa sebulan berbanding Dollar, selepas laporan pasaran pekerjaan dan inflasi Perancis semuanya meleset dari jangkaan.

Di pasaran Eropah, Perancis yang merupakan antara pasaran teras Eropah selain Jerman, Itali dan Sepanyol, melaporkan kehilangan peluang pekerjaan sebanyak 0.1% dan inflasi yang jatuh dari 0.1% kepada -0.2%.  Kejatuhan yang menunjukkan deflasi ini mencerminkan aktiviti ekonomi Perancis yang semakin perlahan dan perniagaan terpaksa menurunkan harga untuk menarik pelanggan ekoran kekurangan permintaan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pada masa yang sama, kadar pulangan nota dua tahun Jerman menyentuh paras terendah sejak keputusan ECB yang mengejutkan pasaran pada minggu lalu. Ini menunjukkan pelabur tidak menolak kemungkinan untuk lebih banyak rangsangan kewangan bagi Euro-Zone, seminggu sebelum kenaikan kadar secara meluas daripada Federal Reserve AS, yang boleh meningkatkan nilai Dollar berbanding Euro.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register