728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

EUR/USD telah berada pada kadar ranging sekitar 1.1360-1.1269 pada hari semalam, naik turun 60-70pip. Walau bagaimanapun, masalah masih fokus kepada krisis ekonomi Greece yang terus memuncak. Greece boleh menjadi salah satu daripada ahli-ahli yang lebih kecil dari zon Euro, tetapi ia terus menguasai perhatian pasaran dunia.

Krisis bailout yang berterusan itu telah menjadi sasaran ramai mula menjual matawang Euro. Selepas kerajaan Greece yang baru berkata ia tidak akan memperbaharui bailout EUR 240 Billion di bawah harga semasa menambah kegusaran pegangan Euro. Pengumuman ECB bahawa ia tidak lagi akan menerima bon kerajaan Greek sebagai cagaran untuk pinjaman ECB pada Februari 11 adalah seperti jatuh ditimpa tangga.

Greece mahu perjanjian baru yang tidak dikawal oleh langkah penjimatan yang keras oleh Kesatuan Eropah. Ibarat mahu kesatuan Eropah tolong bailout tetapi tidak mahu mereka mengenakan langkah penjimatan kepada kerajaan Greece. Walau bagaimanapun, Jerman dan pemiutang antarabangsa Greece tidak mahu menulis semula perjanjian bailout tersebut.

Pada hari ini, menteri-menteri kewangan EU bertemu di Brussels, dengan krisis Greece akan menjadi tajuk utama agenda.

Bagi ekonomi Amerika pula, FED sedar yang ia perlu mempunyai data pekerjaan yang bagus sebelum menaikkan kadar. Berita NFP yang kukuh telah mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah pada pertengahan 2015, yang akan menjadi rangsangan untuk US Dolar.

Sebarang pergerakan EUR/USD hari ini bakal dipengaruhi oleh persidangan Negara-negara Kesatuan Eropah.

Berminat menceburi bidang forex untuk jana income sampingan? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register