banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar yang naik lebih 100 pips untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1385, jatuh semula sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 1.1325; selepas Euro dikukuhkan oleh pelabur yang bertaruh bahawa Greece hampir perjanjian dengan pemiutang antarabangsa yang akan mengelakkan ia bangkrap dan mungkin keluar dari Euro-Zone.

Athens yang hampir kehabisan dana, mengemukakan cadangan baru Selasa untuk menamatkan kebuntuan dengan Kesatuan Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa sebelum pakej menyelamat terkini tamat pada akhir Jun ini. Pegawai tinggi EU berkata Greece dan pemiutang hanya beberapa hari dari mencapai kesepakatan, setelah Perdana Menteri Alexis Tsipras memberi amaran bahawa kegagalan boleh menenggelamkan Euro-Zone.

telegram-moshed

Dalam pada itu, pertumbuhan di seluruh Euro-Zone mencapai sasaran pada 1% setiap tahun bagi suku pertama, dengan angka pelarasan bermusim menunjukkan GDP berkembang sebanyak 0.4% pada suku tahun sebelumnya. Sementara itu, kadar pulangan bon negara-negara di seluruh Eropah terus naik lebih tinggi, selepas gambaran ekonomi bertambah baik dan prospek deflasi adalah sangat berkurangan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register