Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

Euro Dollar yang jatuh lebih 175 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0820, kembali memacu naik lebih 390 pips pada sesi New York untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1215; setelah ECB mengumumkan penurunan kadar dari 0.05% kepada sifar.  Kadar sifar bermaksud institusi perbankan Eropah boleh mendapatkan pinjaman dari ECB tanpa membayar sebarang “interest”.

telegram-moshed

Di pasaran Eropah, keputusan ECB untuk menurunkan kadar pinjaman antara bank kepada sifar dan kadar deposit 10 mata asas lebih rendah kepada -0.4% daripada -0.3%, telah menyebabkan Euro mendapat permintaan kerana institusi tiada perlu membayar “interest” untuk dana pinjaman dari ECB. Tindakan yang bersifat untuk menjana ekonomi Eropah itu, telah disambut baik oleh pelabur yang meluru kepada Euro untuk membuat pinjaman dan pelaburan.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register