banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mei 2016

Euro Dollar terus berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras terendah harian sekitar $1.0360 ke setinggi $1.1410, sebelum menutup sekitar paras $1.1372; setelah pasaran masih dalam berada dalam mood berhati-hati, terkesan dari kegawatan pasaran kewangan dan kelembapan ekonomi global baru-baru ini.  China yang melaporkan angka inflasi yang sedikit baik, tetapi kurang dari jangkaan, sedikit sebanyak menceriakan pasaran.

Di pasaran Eropah, ECB pasti lebih suka Euro yang lemah untuk membantu pertempuran melawan inflasi yang rendah, tetapi ECB masih agak lemah pada ketika ini. Bank itu kini terpaksa bergantung kepada ekonomi AS yang lebih kukuh, dengan satu lagi kenaikan kadar Feds, untuk menolak Euro lebih lemah melalui kenaikan nilai Dollar AS. Laporan pekerjaan AS Jumaat lalu, telah menjadi penentu dalam unjuran ekonomi AS dan prospek kadar tukaran EUR/USD secara keseluruhan.

Hutang Greece sekali lagi menjadi tumpuan para trader terhadap Euro-Zone. Menteri-menteri kewangan kumpulan Euro bertemu di Brussels untuk membincangkan kajian pertama program pelarasan ekonomi makro untuk Greece. Walaupun terdapat keyakinan pada penutupannya, tarikh yang lain telah ditetapkan untuk melaksana keputusan ke hadapan yang penting. Mesyuarat itu diakhiri dengan ahli menyambut pakej pembaharuan dasar yang dicadangkan – meliputi sistem pencen, cukai pendapatan, penswastaan, bil gaji sektor awam dan isu pinjaman tidak berbayar.

telegram-moshed

Presiden Euro-Group Tuan Dijsselbloem mengulas selepas mesyuarat itu, dengan mengatakan bahawa beliau ingin melihat tempoh pembayaran yang lebih panjang untuk hutang Greek. Beliau juga menyatakan kemajuan yang dicapai ke arah persetujuan terhadap langkah-langkah luar jangkaan automatik untuk Greece mesti diluluskan. Langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk mengaktifkan usaha tambahan jika diperlukan untuk memenuhi sasaran lebihan dagangan sebanyak 3.5%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register