Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar terus susut, lebih 85 pips Selasa semalam untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0675 sebelum menutup sekitar paras 1.0720; setelah Dollar meningkat ke paras puncak tujuh bulan tertinggi berbanding sekumpulan mata wang utama semalam, disokong oleh pelebaran perbezaan kadar yang memihak kepada Perbendaharaan AS berikutan jangkaan Federal Reserve AS yang akan menaikkan kadar pada bulan depan.

Mata wang tunggal blok ekonomi Eropah tertekan, selepas empat anggota majlis ECB mengatakan konsensus sedang terbentuk di Bank Pusat Eropah untuk menurunkan salah satu daripada kadar penanda aras jauh ke dalam wilayah negatif pada bulan Disember.  ECB telah menurunkan kadar deposit kepada -0.2% pada September 2014 dalam usaha untuk menjana aktiviti ekonomi dikalangan negara-negara Euro-Zone.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam mesyuarat ECB pada Oktober lalu, Presiden Mario Draghi telah menyatakan kesediaan ECB untuk menambah ransangan monetari tambahan, jika perlu, dalam usaha memerangi inflasi yang rendah dan mengelakkan blok ekonomi Eropah itu jatuh semula ke dalam kancah deflasi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register