banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

Euro Dollar meneruskan pendakian Khamis semalam, naik lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1375, sebelum menutup sekitar paras $1.1325; setelah Euro menjadi matawang yang digemari dalam persekitaran ‘risik-off’, apabila Janet Yellen meneruskan keterangannya kepada kongres AS. Euro kini kelihatan benar-benar pulih daripada kejatuhan yang memuncak selepas kenyataan Pengerusi Feds itu.

Di pasaran Eropah, Jens Weidmann dari ECB berkata, tidak ada keraguan bahawa keadaan dasar monetari ketika ini, bukanlah sesuatu yang mudah, dengan risiko kepada inflasi Euro-Zone yang telah meningkat baru-baru ini. Kebimbangan ini juga jelas dalam kenyataan pengenalan Majlis Pentadbir ECB minggu lepas; memandangkan kegawatan pasaran kewangan baru-baru ini di China, penurunan yang berterusan dalam harga minyak dan komoditi serta risiko geopolitik.

Keraguan dibangkitkan oleh sesetengah pihak, sama ada persekitaran antarabangsa masih memberikan harapan untuk pertumbuhan Euro-Zone yang dijangkakan dalam unjuran ECB pada Disember lalu, bahawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2016 dan 2017 dijangka masing-masing pada 1.7% dan 1.9%. Kegawatan pasaran kewangan di China pada awal Januari dan kesannya ke seluruh dunia menunjukkan kegusaran daripada pasaran kewangan.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, penurunan harga di China boleh dilihat sebagai pembetulan kepada kenaikan harga yang mendadak sebelum ini. Dan ianya sudah pasti juga diperkukuhkan oleh langkah kawal selia yang kurang baik pada waktunya. Penganalisis berpendapat, pada masa ini tiada tanda-tanda kemerosotan ekonomi yang teruk di China. Sebaliknya, terdapat tanda-tanda kelembapan secara beransur-ansur dalam pertumbuhan ekonomi. Ini adalah selaras dengan peralihan China kepada ekonomi yang berorientasikan perkhidmatan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register