EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jun 2015

0 9

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar kembali jatuh lebih 140 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.1330 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.1180 sebelum menutup sekitar paras 1.1260; selepas data “retails sales” Amerika Syarikat keluar memberansangkan jauh lebih baik dari jangkaan, sekaligus mendorong permintaan untuk Dollar.

Jualan runcit bulanan Amerika Syarikat meningkat 1.2% berbanding 1.1% jangkaan dan 0.2% pada sebelumnya. Jualan runcit teras pula meningkat 1.0% berbanding 0.7% jangkaan dan 0.1% pada sebelumnya; sekaligus mencerahkan prospek untuk kenaikan “interest rate” AS pada September ini yang boleh menjatuhkan permintaan untuk aset ‘safe-haven’ seperti emas yang tidak membayar sebarang “interest”.

Dalam tanda ekonomi AS yang telah mendapatkan semula momentum, laporan kerajaan terhadap permintaan pekerjaan meningkat 5.2% kepada 5.4 juta pada April, menurut laporan “Jobs Openings and Labor Turnover Survey”. Ia adalah angka bulanan tertinggi sejak tahun Disember 2000. Pulang Bon Perbendaharaan AS juga adalah lebih tinggi, dengan pulangan ke atas penanda aras nota Perbendaharaan AS 10 tahun, mencecah tujuh bulan tertinggi iaitu 2.449% sebelum berkurangan kepada 2.4203%

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa