Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar susut sedikit Isnin semalam, dalam dagangan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1205 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.1155; selepas para pedagang menunggu berita daripada Eurogroup yang sekali lagi membincangkan krisis kewangan Greek. Pegawai Greek mengatakan mereka akan mencapai perjanjian walaupun pemimpin-pemimpin Euro-Zone tidak melihat perjanjian bakal dicapai.

Greece sekurang-kurangnya perlu menunjukkan kemajuan pada mesyuarat semalam bersama menteri-menteri kewangan Euro-Zone di Brussels, untuk meyakinkan Bank Pusat Eropah terus menyalurkan dana kecemasan ke bank-bank Greece. Tsipras bertemu dengan menteri-menteri kabinet selama beberapa jam pada hari Ahad, untuk memberi taklimat kepada mereka mengenai rundingan.

Athens menjangka Eurogroup secara rasmi mengakui progres penting yang telah dibuat, kata seorang pegawai kerajaan Greek selepas mesyuarat itu. Tsipras dan menterinya mengesahkan keperluan untuk perjanjian yang saling menguntungkan dalam rangka mandat kerajaan, kata pegawai itu lagi. Program Greece berjalan sehingga akhir bulan Jun.

Pada masa yang sama, dua pegawai Kementerian Kewangan Greece berkata kepada Reuters bahawa Athens telah membayar kira-kira €750 juta kepada Tabung Kewangan Antarabangsa sehari sebelum itu, tetapi ini tidak mencukupi untuk mengurangkan kebimbangan tentang kemampuan untuk membuat pembayaran pada masa hadapan. Menteri Kewangan Greek Yanis Varoufakis berkata, satu referendum untuk menyelamatkan Greece tidak dirancang buat masa ini, dan bahawa kawalan modal belum lagi dipertimbangkan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register