Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

Euro Dollar melonjak lebih 75 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1445 sebelum menutup sekitar paras $1.1425; walaupun tiada laporan ekonomi utama dari Euro-Zone semalam dan para trader lebih berhati-hati dan memberi tumpuan kepada kemungkinan UK keluar dari Kesatuan Eropah, isu-isu terbaru dengan Greece dan masalah deflasi. Para trader juga memantau pergerakan harga dalam Yen Jepun, selepas komen daripada Perdana Menteri Shinzo Abe yang mencadangkan bahawa Jepun akan campur tangan jika Yen mengukuh kepada antara 90 dan 95 setiap Dollar.

Bank Pusat Eropah ingin melihat Euro yang lebih lemah, tetapi pelabur tidak memberi kerjasama, menghantar matawang tunggal blok ekonomi Eropah itu ke paras harga tertinggi sejak lewat Ogos 2015 pada minggu lalu. Analisa teknikal menunjukkan bahawa pembalikan menurun pada minggu lepas akan memberikan sedikit kelegaan, tetapi Euro perlu benar-benar didagangkan melalui bahagian bawah baru-baru ini, sekitar $1.1215 untuk menarik perhatian para penjual.

ECB juga mengharapkan Feds untuk memacu Euro lebih rendah, bagaimanapun, Bank Pusat AS itu masih teragak-agak untuk menaikkan kadar, memandangkan ekonomi domestik yang lembap dan ekonomi global yang masih tidak stabil. Para trader memberi peluang kenaikan kadar pada bulan Disember hanya sekitar 50/50 sahaja.

telegram-moshed

Greece pula terus dilanda masalah. Para trader boleh memegang Euro dalam ‘range trading’ sehingga laporan GDP Greek pada Jumaat ini. GDP tahunan suku pertama 2016, dijangka menunjukkan ekonomi Greece menyusut sebanyak 1.3%. Laporan itu dijangka menyebabkan pergerakan baru dengan kemungkinan kejatuhan, terutamanya jika data GDP tersasar ke bawah dan meleset dari jangkaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register