728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.1465 ke serendah $1.1345, sebelum menutup sekitar paras $1.1385; setelah data inflasi Jerman menepati jangkaan.  Namun Dollar masih bertahan, selepas para pelabur menilai semula minit mesyuarat FOMC dan kenyataan beberapa presiden Feds cawangan yang terbaru.

Di pasaran Eropah, bank-bank yang paling kukuh Itali, syarikat insurans dan pengurus aset bersetuju untuk mewujudkan dana pelindung sebanyak €5 bilion untuk menyelamatkan bank-bank yang lemah, dalam usaha untuk menenangkan kebimbangan pelabur mengenai kestabilan sektor perbankan dalam ekonomi ketiga terbesar Euro-Zone.

Dana menyelamat, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Matteo Renzi selepas mesyuarat enam jam bersama pembiaya, pengawal selia dan menteri-menteri di Rom, datang selepas kejatuhan nilai saham bank-bank Itali pada awal tahun ini, ekoran kebimbangan mengenai kesan €360 bilion hutang lapuk yang mengancam kestabilan sistem kewangan Itali.

telegram-moshed

telegram-moshed

Dalam pada itu, Indeks Dollar kini telah mencecah kepada paras rendah dalam masa lapan bulan, sekitar 93.58 mata semalam. Indeks yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang utama itu – EUR, GBP, JPY, CAD, CHF, SEK – telah susut hampir 3% selepas komen ‘dovish’ oleh Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen baru-baru ini, yang menurunkan jangkaan kenaikan kadar AS dalam masa terdekat.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data jualan runcit bulan Mac yang dijangka bertambah baik dari -0.1% kepada 0.1% dan harga pengeluar yang juga dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada 0.3%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Eropah hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register