Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001Euro Dollar yang mencapai paras tertinggi sekitar 1.1870, meyusut lebih 80 mata sepanjang sesi Asia, sebelum menstabil semula pada sesi pembukaan New York Isnin semalam;  selepas membuat “bullish engulfing candle” Jumaat lalu.  Walaupun itu satu petanda untuk membeli Euro, ianya bukanlah dilihat satu tindakan yang bijak dan selamat lantaran sentimen pasaran terhadap Euro yang masih “bearish”.

Euro yang telah jatuh lebih 1,700 mata sejak June lalu, dilihat sedang menuju ke paras terendah sejak 9 tahun lalu, sekitar 1.1635 pada November 2005.  Carta bulanan yang menunjukkan “lower high” dan tekanan jualan, memungkinkan nilai tukaran EUR|USD mencecah ke serendah 1.15 pada tahun ini seperti jangkaan BNP Paribas.

Kebarangkalian ini disokong oleh “fundamental” Euro-Zone seperti krisis politik Greece, Quantitative Easing (QE) ECB, dan pelbagai masalah ekonomi yang membaluti ekonomi negara teras kepada Kesatuan Eropah itu seperti Itali, Perancis, Sepanyol dan akhir-akhir ini Jerman.  Pada masa yang sama, spekulasi kenaikan “interest rate” Amerika Syarikat, terus mendorong pasaran untuk menambah pegangan dalam Dollar.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!