728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-008

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1.0900 ke serendah $1.0820, sebelum menutup sekitar paras $1.0855; setelah pasaran berada dalam keadaan tidak menentu semalam. Pengunduran Euro mungkin sementara kerana ketidakpastian mengenai China dan kejatuhan komoditi masih kekal dalam kebimbangan pelabur. Trader berfikir bahawa faedah persekitaran risiko yang semakin merosot, ditambah pula dengan nada positif Eropah selepas inflasi; harus mengimbangi kesan negatif dari Bank Pusat Eropah (ECB) yang berterusan mahu merangsang ekonomi rantau itu.

Mata wang Eropah telah digunakan dalam ‘carry-trade’ kebelakangan ini, dengan pelabur mendapatkan dana murah Euro dan Yen kerana kadar hampir sifar mereka, dan membeli mata wang lain yang memberi pulangan kadar yang lebih tinggi. “Sentimen risiko yang sederhana dan bertambah baik, sudah cukup untuk menyebabkan Euro kehilangan kedudukannya berbanding Dollar AS,” menurut Joe Manimbo, penganalisis kanan pasaran di Western Union Business Solutions, Washington.

telegram-moshed

Kadar pertukaran Euro jatuh berbanding kebanyakan mata wang global, kerana keyakinan pelabur terhadap Euro-Zone menurun pada bulan Januari dan berada di bawah ramalan. Indeks Ekonomi Sentix untuk Euro-Zone jatuh dengan ketara pada Januari 2016. Indeks tersebut susut sebanyak 6.1 mata, untuk turun kepada 9.6 mata, berbanding dengan anggaran sebanyak 12.2 mata dan terhadap 15.7 mata pada bulan sebelumnya, menurut Sentix GmbH.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register