Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

 

Euro Dollar melonjak lebih 140 pips Selasa semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.1135 sebelum menutup lebih tinggi sekitar paras 1.1210; selepas Greece diberitakan telah membuat pembayaran sebanyak €750 juta kepada IMF.  Walaupun ia agak ironik kerana Greece membayar IMF dengan dana IMF, pasaran secara umum agak lega kerana ianya memberi masa kepada Greece untuk menyelesaikan masalah ekonominya.

Euro bangkit semula walaupun mesyuarat menteri-menteri kewangan ‘Euro-Zone gagal mencapai persetujuan ke atas program pembaharuan hutang Greece. Athens berjaya mendapatkan wang yang cukup untuk membayar balik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) €750 juta bagi mengelakkan bangkrap dan kekal dalam Euro-Zone buat masa ini. Tetapi penganalisis masih memberi amaran kerana Athens bakal menghadapi satu lagi masalah dana dalam masa beberapa minggu.

Menteri-menteri kewangan Euro-Zone mengalu-alukan kemajuan dalam rundingan antara Greece dan pemiutangnya; tetapi berkata lebih banyak kerja diperlukan untuk merapatkan perbezaan sebelum mencapai perjanjian yang menyeluruh. Eurogroup bertemu 2 hari untuk membincangkan masalah Greece. Kemungkinan untuk Greece meninggalkan Euro-Zone adalah rendah iaitu sekitar 25%, menurut tinjauan pendapat Reuter; tetapi jika Athens gagal membayar balik pinjamannya, kemungkinan itu akan meningkat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

 

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!