banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar melonjak lebih 100 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1030 sebelum menutup sekitar paras $1.0995; setelah Dolar jatuh ekoran penjualan yang dicetuskan oleh kebimbangan turun naik pasaran dan kejatuhan harga komoditi; walaupun data jualan runcit AS dilaporkan kukuh. Dollar AS meningkat sedikit pada dagangan pagi New York dan mendapat lonjakan sederhana daripada data jualan runcit AS yang menunjukkan perbelanjaan pengguna meningkat teguh.

Walau bagaimanapun, sentimen pengguna yang agak negatif sejurus selepas itu, kelihatan tidak mungkin terus menyokong untuk mengetatkan dasar monetari oleh Federal Reserve AS dengan kenaikan kadar minggu ini, ditengah-tengah kebimbangan global. Dollar jatuh sebanyak 0.7% berbanding kedua-dua Franc Switzerland dan Euro.  Indeks Dollar jatuh lebih 70 mata untuk ke paras terendah sekitar 97.30 sebelum menutup sekitar paras 97.55 mata.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Eropah, malam ini Presiden ECB Mario Draghi bakal berucap pada persidangan Prometeia di Itali.  Beliau dijangka memberikan maklumat tentang langkah lanjut ECB dalam menghadapi kemelut kelembapan ekonomi Euro-Zone.  Selepas mengejutkan pasaran pada minggu sebelumnya dengan mengumumkan tiada dana ransangan tambahan, selain dari penurunan kadar deposit dan memanjangkan tempoh ransangan; beliau dijangka memberikan rasional terhadap langkah tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register