Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar yang merudum lebih 55 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0805, kembali memacu naik lebih 75 pips pada petang New York untuk menutup sekitar paras $1.0875; selepas pengumuman pengeluaran perindustrian Euro-Zone jatuh meleset jauh di bawah jangkaan pasaran. Trader menjangka untuk melihat penurunan kepada 0.2% dibawah sifar tetapi data dilaporkan pada 0.7% di bawah sifar. Namun komen dari Feds Atlanta yang negatif, menyebabkan Dollar dijual semula.

Di pasaran Eropah, syarikat pembayaran global AFEX Markets di London melaporkan, “Sama ada kenaikan terkini dalam kadar tukaran Euro/Dollar adalah satu pembetulan atau tidak, masih memerlukan bukti kukuh dan tanda-tanda ianya telah mencapai dasar terendah masih belum pasti, walaupun 2016 merupakan tahun pemulihan yang diunjurkan bagi Dollar secara umum,”.  Dalam pada itu, “Serangan di Turki semalam telah menimbulkan kebimbangan bahawa Eropah boleh dilanda serangan pengganas sekali lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dan saya berfikir ini menakutkan pelabur untuk memegang Euro,” menurut Kathy Lien, Pengarah Urusan BK Asset Management.

Hari ini Euro-Zone bakal menyiarkan minit mesyuarat ECB terbaru yang boleh memberikan sentimen pasaran terhadap Euro dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 277 ribu tuntutan kepada 275 ribu tuntutan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register