Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar melonjak lebih 65 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1410 sebelum menutup sekitar paras 1.1380; walaupun sentimen ekonomi ZEW Jerman merosot ke paras terendah dalam tempoh 12 bulan pada bulan Oktober, kerana kebimbangan terhadap skandal Volkswagen yang berterusan (DE: VOWG);  ditambah pula dengan kebimbangan mengenai kesihatan ekonomi global.

Indeks keyakinan pelabur yang diikuti ramai itu, dikira oleh Institut ekonomi ZEW tenggelam 10.2 mata kepada hanya 1.9 mata – paras terendah sejak Oktober 2014, menurut kenyataan Institut tersebut.  Pada masa yang sama, “skandal gas ekzos Volkswagen dan pertumbuhan yang lemah di pasaran negara membangun telah menjejaskan prospek ekonomi untuk Jerman,” menurut Presiden ZEW Clements Fuest.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Walau bagaimanapun, prestasi ekonomi domestik masih baik dan ekonomi Euro-Zone terus pulih. Ini menjadikan ia agak mungkin bahawa ekonomi Jerman akan tergelincir ke dalam kemelesetan,” tambah Encik Fuest lagi.  Sementara itu, eksekutif ECB Benoit Coeure memberitahu CNBC semalam bahawa masih terlalu awal untuk Bank Pusat Eropah (ECB) membuat keputusan, mengenai perluasan program rangsangan pembelian asetnya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register