EURUSD Analisa Fundamental Harian 14 Sep 2015

0 3

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar terus memacu lebih 90 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1350 sebelum menutup sekitar paras 1.1335; setelah data inflasi memenuhi jangkaan hari ini dan mesyuarat Euro-Group telah ditetapkan untuk bermula.

Inflasi harga pengguna Jerman kekal tidak berubah pada bulan lepas, menurut data rasmi pada hari Jumaat. Dalam satu laporan, Pejabat Persekutuan Statistik Jerman berkata bahawa CPI kekal tidak berubah pada pelarasan bermusim 0.0%, daripada 0.0% pada bulan sebelumnya. Ini adalah selaras dengan jangkaan penganalisis.

Di pasaran Amerika Syarikat, pembuat dasar Federal Reserve bersedia untuk memulakan mesyuarat dasar dua hari mereka seterusnya pada hari Rabu minggu depan. Beberapa ahli strategi pasaran dan ahli ekonomi percaya bahawa Feds boleh mengundi untuk menaikkan kadar pada minggu depan, manakala yang lain mengharapkan kadar terus kekal rendah.

“Perbezaan dalam jangkaan mengehadkan berat sebelah yang sehala dalam dolar. Berdasarkan kepada prestasi ekonomi Amerika Syarikat sahaja, Feds sepatutnya menaikkan kadar, ” menurut Kathy Lien, pengarah urusan strategi FX di BK Asset Management. “Tetapi mereka tidak beroperasi dalam vakum dan ditengah-tengah turun naik pasaran ekuiti antarabangsa, Bank Pusat Eropah yang negatif, dan bank-bank pusat yang lain; ia akan menjadikan ianya sukar untuk Janet Yellen bertindak.” tambah beliau lagi.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa