728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 62 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1295 ke serendah $1.1233, sebelum menutup sekitar paras $1.1265;┬ásetelah agensi berita Associated Press (AP) melaporkan angka dari agensi statistik Kesatuan Eropah menunjukkan bahawa inflasi Euro-Zone tidak berubah. Eurostat melaporkan inflasi tahunan Euro-Zone meningkat kepada sifar berbanding jangkaan -0.1%.

Kenaikan harga terbesar datang dari restoran dan kafe manakala harga bahan api yang lebih murah menjadi pemberat kepada inflasi. Sambutan awal ‘Easter’ di kebanyakan negara Euro-Zone, mungkin telah membantu kenaikan, terutamanya di Jerman, yang menyaksikan kenaikan inflasi bulan Mac hingga 0.1% daripada -0.2% pada bulan Februari.

Semakan ke atas mungkin memberi sedikit keceriaan kepada pembuat dasar di Bank Pusat Eropah, yang disokong oleh satu siri langkah-langkah rangsangan, seperti mengurangkan kadar dan mengembangkan rancangan pembelian bon kerajaan, terutamanya untuk mendapatkan inflasi kembali ke sasaran sekitar 2%.

telegram-moshed

telegram-moshed

AP berkata, ECB berharap kenaikan gaji dan jangkaan harga yang lebih tinggi akan mula menaikkan inflasi, walaupun ianya mungkin mengambil sedikit masa. Kadar teras, yang tidak termasuk tenaga dan faktor lain yang tidak menentu seperti makanan, alkohol, dan tembakau; meningkat kepada 1% pada suku pertama tahun ini, berbanding 0.8% pada suku sebelumnya.

Bulan lepas, ECB menambah kepada program rangsangan dengan menurunkan kadar kepada sifar dan mengepam lebih banyak wang ke dalam sistem perbankan dalam usaha untuk membolehkan bank-bank memberi pinjaman secara lebih aggresif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register