728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar yang jatuh lebih 40 pips sepanjang sesi pagi Eropah Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0945, kembali memacu naik lebih 100 pips pada petangnya untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1050, sebelum susut dan menutup sekitar paras $1.0990 pada petang New York; setelah pasaran mula bersiap sedia menjelang mesyuarat kadar Federal Reserve yang ditunggu-tunggu pada awal pagi Khamis nanti.

Di pasaran Eropah, dasar monetari yang sudah sedia agresif dalam Euro-Zone boleh dipertingkatkan lagi jika kadar inflasi tidak kembali kepada sasaran yang dikehendaki, menurut Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi. Bercakap di Bologna, Itali, semalam beliau mengulangi gesaannya bahawa ECB bersedia untuk bertindak dan sekali lagi menambah, bahawa kerajaan daripada 18 negara yang menggunakan Euro juga perlu memainkan peranan mereka.

“Jika ECB terpaksa meningkatkan penggunaan instrumen bagi memastikan ia mencapai mandat kestabilan harga, ECB akan melakukannya,” menurut Draghi, dalam transkrip ucapannya. Beliau juga menekankan pendirian ECB yang bersedia untuk meningkatkan penggunaan alat-alat dasar kewangan yang boleh digunakannya, bagi mencapai matlamat kestabilan harga di blok ekonomi Eropah itu.

Hari ini Jerman bakal melaporkan sentimen ekonomi yang dijangka bertambah baik dari 10.4 mata kepada 15.2 mata dan Euro-Zone juga bakal melaporkan sentimen ekonomi yang dijangka bertambah baik dari 28.3 mata kepada 34.4 mata; manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inflasi (CPI) yang dijangka turun dari 0.2% kepada sifar, walaupun inflasi teras dijangka kekal pada 0.2%. Indeks pembuatan Empire State AS pula dijangka bertambah baik dari -10.7 mata kepada -5.7 mata, walaupun angka yang negatif menunjukkan aktivit ekonomi yang masih lemah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register