Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar berada dalam dagangan “ranging” Rabu semalam, dengan paras tertinggi sekitar 1.1850 dan serendah sekitar 1.1725, seterusnya menutup dagangan dengan “bullish doji”; apabila para pedagang dilihat terus mengambil untung jualan selama lebih 6 bulan.  Dalam perniagaan mawatang, setiap kontrak jualan mesti kemudian ditutup dengan kontrak belian.  Walau bagaimanapun, ini tidaklah dilihat sebagai perubahan arah pasaran, tetapi hanyalah bersifat sementara kerana tindakan pelabur yang mengambil untung.

Euro dijangka terus merudum apabila Mahkamah Keadilan Eropah memutuskan pembelian bon-bon kerajaan negara Kesatuan Eropah oleh ECB adalah mengikut prosedur undang-undang.  Walaupun keputusan mahkamah itu tidak memestikan ECB membeli atau negara Kesatuan Eropah menjual bon-bon yang baru; ianya dilihat sebagai pemangkin kepada “Quantitative Easing” (QE) yang dijangka diumumkan pada mesyuarat ECB Khamis depan.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini, selain dari ucapan Gabenor Bundesbank Jerman; Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika “unemployment claims” dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register