banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.0940 ke serendah $1.0835, sebelum menutup sekitar paras $1.0865; setelah minit mesyuarat ECB pada 3 Disember lalu menunjukkan bahawa beberapa ahli-ahli majlis ECB lebih menggemari penurunan yang lebih besar untuk kadar deposit daripada yang diumumkan pada sebelumnya. Minit juga membangkitkan kemungkinan memperluaskan pembelian aset bulanan di bawah program pelonggaran kuantitatif ECB daripada paras semasa sebanyak €60 bilion.

ECB telah memilih untuk mengurangkan kadar deposit sebanyak 0.1% kepada 0.3% dibawah sifar. Ia juga melanjutkan tarikh akhir pembelian aset dalam program rangsangan sebanyak enam bulan , kepada seawal Mac 2017, langkah-langkah yang menyebabkan pelabur kecewa. Pada masa yang sama, di pasaran ekuiti Eropah Indeks Stoxx Europe 600 jatuh sebanyak 2.9%. Pasaran kewangan di seluruh dunia bercelaru sejak awal 2016 apabila pembuat dasar Cina berjuang untuk menstabilkan pasaran saham dan harga komoditi yang menggelongsor teruk.

“Terdapat banyak perkara yang perlu dibimbangkan,” kata Jeremy Stretch, ketua strategi tukaran asing di Canada Imperial Bank of Commerce. “Daya tahan dalam pasaran niaga hadapan ekuiti hilang agak cepat dan itu menggalakkan risiko dagangan yang menolak Euro sehingga melalui halangan $1.09. Jalan yang kurang rintangan masih menyokong untuk Dollar, Yen dan Euro.” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register