banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar yang memacu naik lebih 100 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi mingguan sekitar 1.1445; susut semula pada pagi New York sebelum menutup sekitar paras 1.1410.  Kenaikan kadar tukaran EUR|USD ini, adalah lebih kepada kelemahan Dollar berbanding kekuatan Euro.  Laporan data ekonomi AS yang lebih teruk dari Eropah secara keseluruhan, telah menyebabkan keadaan ini.

Kadar tukaran EUR|USD melonjak ke paras tertinggi dalam 3 bulan apabila Dollar Index terus lemah hingga mencapai 93.38 di awal sesi Eropah berikutan laporan jualan runcit yang begitu mengecewakan. Berbeza dengan laporan NFP AS pada hari Jumaat, data jualan runcit mendedahkan maklumat utama di bawah konsensus dan komponen yang disemak dengan lebih terperinci.

Walaupun beberapa penganalisis melihat semakan yang lebih baik boleh dilihat bergerak ke suku kedua, majoriti mereka takut kelembapan yang lebih mendalam sedang berlaku di Amerika Syarikat yang sudah pastinya akan melambatkan masa kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve. Data CFTC juga masih menunjukkan penjualan kontrak EUR|USD yang sudah tepu dengan jumlah yang mengejutkan sebanyak $26.5 billion.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register