728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar yang menyusut lebih 80 pips sepanjang sesi Asia Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0570, memacu naik untuk menutup lebih tinggi daripada pembukaan, selepas ECB mengumumkan “interest rate” kekal pada kadar sedia ada.

Sidang akhbar ECB Rabu semalam bersama Presiden Mario Draghi, terganggu seketika apabila penunjuk perasaan melompat di atas meja di hadapan Draghi, memakai baju yang menyeru kepada pengakhiran “ECB batang-tatorship.”  Penunjuk perasaan itu juga membuang konfeti kertas putih dihadapan presiden Mario Draghi, sebelum ditangkap oleh pihak keselamatan dan dikeluarkan dari bangunan ECB.

telegram-moshed

Presiden ECB Mario Draghi, ketika ditanya mengenai pulangan bon yang negatif dalam sidang akhbar, menjawab bahawa ECB amat berwaspada tentang kesan dari kadar rendah yang berpanjangan, tetapi mendapati tiada tanda-tanda krisis dalam pasaran bon buat masa ini.  Tambah beliau lagi, ECB tidak akan mengurangkan kadar deposit daripada tahap semasa -0.20%, walaupun soalan yang dibangkitkan adalah mengenai ketersediaan bon dengan pulangan atas -0.20%.

ECB kini membeli bon dengan pulangan negatif sehingga kadar deposit (-0.20%). Apabila ditanya mengenai keadaan di mana teras dasar monetari akan berubah, Draghi berkata ia adalah terlalu awal untuk membincangkan perubahan dalam dasar dan program QE ini akan diteruskan sepanjang 2016.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register