banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar yang melonjak lebih 65 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1060, setelah sentimen ekonomi ZEW Jerman semalam dilaporkan lebih tinggi daripada jangkaan; kembali merudum lebih 150 pips sepanjang sesi Eropah dan Amerika, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0905 sebelum menutup sekitar paras $1.0930; setelah para trader mula bersedia untuk mesyuarat FOMC Federal Reserve yang dijangka akan menaikkan kadar AS pada awal pagi Khamis esok.

Di pasaran Eropah, penganalisis kewangan Jerman seolah-olah merasakan keceriaan perayaan menjelang Krismas, apabila penilaian mereka terhadap kedua-dua keadaan ekonomi semasa dan masa depan, melonjak pada bulan Disember, mendahului jangkaan dan membawa tahun 2015 yang suram untuk menutup ceria. Indeks ZEW sentimen ekonomi Jerman mencatatkan bacaan 16.1 mata, lebih baik daripada jangkaan 15.2 mata dan 10.4 pada sebelumnya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Ekonomi Jerman yang merupakan antara kuasa ekonomi terbesar Eropah, pada masa ini telah dipacu oleh penggunaan domestik, dalam keadaan harga minyak global yang rendah, menurut penganalisis. Mereka berkata bahawa pengguna melihat pendapatan mereka semakin meningkat – disokong oleh data pekerjaan yang kukuh, upah nominal yang lebih tinggi dan kadar yang rendah – dan kini membelanjakannya.

Walau bagaimanapun, ECB yang masih gusar dengan sasaran inflasi yang masih jauh dari sasaran, dilihat bakal mengambil tindakan selanjutnya bagi menjana pemulihan ekonomi Eropah.  Walaupun dalam mesyuarat baru-baru ini Presiden ECB Mario Draghi tidak menyatakan sebarang dana ransangan tambahan, sekaligus mengejutkan pasaran; beliau telah memanjangkan tempoh ransangan dan menurunkan kadar deposit bagi menggalakkan perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register