728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar terus memacu naik lebih 100 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.1190 ke setinggi 1.1295 sebelum menutup sekitar paras 1.1280; selepas Greece dan pemiutang Euro-Zone tidak dapat meterai perjanjian hujung minggu lalu. Kerajaan Greece menuntut bangkrap ala-Iceland yang bukan merupakan satu kemungkinan, kerana Iceland bukanlah sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Rundingan pada Ahad berlangsung kurang dari satu jam, menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara dua pihak. Kebimbangan bahawa Greece boleh bangkrap dan meninggalkan Euro-Zone telah mendorong tawaran penting yang pertama bagi keselamatan dalam Bund Jerman dalam tempoh enam minggu; sekaligus mengangkat premium hasil bon periferi Euro-Zone ke paras tertinggi dalam hampir tujuh bulan.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat pula, Federal Reserve akan bertemu selama dua hari bermula esok, dan semua orang – pelabur, penganalisis, ahli ekonomi – dijangka cemas menunggu kenyataan yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat. Pembuat dasar yang duduk di atas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hampir pasti tidak akan menaikkan “interest rate”, dan mereka dijangka tidak akan membuat kenyataan yang lebih jelas kepada para pelabur tentang masa kenaikan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register