728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

Euro Dollar terus merudum Jumaat lalu, lebih 105 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1283 sebelum menutup sekitar paras $1.1313; setelah laporan GDP Euro-Zone dan Jerman keluar bercampur-campur.  Pada masa yang sama, Dollar terus mendapat permintaan apabila spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini terus hangat terkesan dari beberapa laporan angka ekonomi AS yang keluar memberansangkan.

Di pasaran Eropah, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi Jerman dilaporkan pada 0.7%, lebih baik dari jangkaan 0.6% dan 0.3% pada sebelumnya.  Namun, Euro-Zone melaporkan GDP yang meleset dari jangkaan, pada 0.5% berbanding jangkaan 0.6% dan angka yang sama pada sebelumnya.  Pertumbuhan ekonomi Euro-Zone yang meleset ini, menyebabkan pasaran ekuiti Eropah membuka dengan ‘gap-down’, dengan indeks EuroStoxx50 membuka pada sekitar 2,913.50 mata berbanding penutup sekitar 2,934.62 pada hari Khamis.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, spekulasi kenaikan kadar pada Jun yang digembar-gemburkan oleh beberapa Presiden Feds cawangan nampaknya terus mendapat perhatian apabila beberapa laporan ekonomi AS pada hari Jumaat keluar memberansangkan.  Laporan jualan runcit yang dijangka kekal pada -0.3%, keluar mengejutkan pasaran pada 1.3% dan sentimen pengguna juga dilaporkan memberansangkan pada 95.8 mata, jauh lebih tinggi dari jangkaan 89.9 mata dan 89.0 mata pada laporan sebelumnya.

Dollar mencapai prestasi terbaik dalam masa dua minggu sejak February lalu, apabila indeks Dollar yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding enam matawang mencapai paras tertinggi sekitar 94.84 mata, sebelum menutup sekitar paras 94.59 mata pada Jumaat lalu.  Sebelum daripada ini, Dollar berterusan dijual selepas jangkaan kenaikan kadar sebanyak empat kali hilang apabila Feds membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar, bagi menghadapi kemelut ekonomi global dan kegawatan pasaran kewangan Februari lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register