728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Euro Dollar susut lebih 65 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1260 sebelum menutup sekitar paras 1.1270; setelah sentimen ekonomi Jerman dilaporkan meleset dari jangkaan, pada 12.1 berbanding 18.3 dan 25.0 pada sebelumnya.  Lebih mengejutkan sentimen ekonomi Eropah juga meleset pada 33.3 berbanding 42.1 jangkaan dan 47.6 pada sebelumnya.

Agensi Statistik Kesatuan Eropah berkata, eksport barangan dari 19 negara ahli Euro-Zone melebihi import mereka daripada seluruh dunia sebanyak €31.4 bilion pada bulan Julai, meningkat daripada €21.2 bilion pada bulan yang sama tahun lepas; disebabkan kenaikan 7% dalam eksport dan peningkatan 1% dalam import.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bank Pusat Eropah awal bulan ini memberi amaran, bahawa pertumbuhan perlahan di China dan beberapa negara-negara membangun yang lain, besar kemungkinan akan melemahkan permintaan bagi eksport Euro-Zone, sekaligus melambatkan pemulihan. Presiden ECB Mario Draghi menegaskan kesediaan bank pusat untuk menyediakan rangsangan tambahan sekiranya kebimbangan mereka menjadi kenyataan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register