banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009Euro Dollar memacu ke paras tertinggi minggu lepas, sekitar 1.2495, dan memecahkannya untuk membuat paras tertinggi yang baru minggu ini sekitar 1.2570 selepas 3 data berimpak tinggi dari Euro-Zone – “markit manufacturing PMI” dari Perancis dan Jerman beserta “economic sentiment” Jerman keluar jauh lebih baik dari jangkaan Selasa semalam.  Walau bagaimanapun, Dollar kembali menguat pada sesi petang dagangan London apabila para pelabur mula memberikan tumpuan pada Mesyuarat FOMC.

Menurut Ahli Majlis ECB, En Noworthy yang juga Gabenor Bank Pusat Austria, “interest rate” yang negatif untuk simpanan semalaman adalah yang terendah boleh dibuat ECB walaupun bukanlah menjadi matlamat ECB untuk menyelaraskan “interest rate” dikalangan negara Kesatuan Eropah.  Beliau menambah lagi, “interest rate” yang rendah telah menjadi masalah negara-negara maju dan pada tahun ini ECB telah melancarkan pelbagai startegi untuk memerangi masalah ini dan mula membuahkan hasil.

Hari ini, data berimpak tinggi “consumer price index” dari Euro-Zone bakal berdepan dengan jenis data yang sama dari Amerika Syarikat.  CPI Euro-Zone dijangka mengurang kepada 0.3% dari 0.4% bulan lepas dan CPI Amerika Syarikat dijangka mengurang kepada 1.4% dari 1.7% bulan lepas.  Pada masa yang sama, awal pagi Khamis nanti bakal berlangsung mesyuarat FOMC yang amat ditunggu-tunggu untuk menetapkan hala-tuju Dollar selanjutnya.

telegram-moshed

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register