728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan sideway Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1190 ke serendah $1.1125, sebelum menutup sekitar paras $1.1145; setelah lonjakan dalam harga minyak membantu memindahkan trader dari Euro. Pda masa yang sama, laporan ZEW sentimen ekonomi Jerman dilaporkan lebih baik daripada jangkaan, dan pelabur juga menilai komen daripada Presiden ECB Mario Draghi tentang pinjaman lapuk di Itali.

Di pasaran global, kebangkitan Dollar AS berbanding pesaing utamanya dalam sesi perdagangan Eropah Isnin semalam, adalah satu perkara yang diraikan.; setelah Dollar menghadapi ketidaktentuan kesan daripada kejatuhan dalam pasaran saham dan harga minyak mentah. Kini ramai yang meramalkan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar di sepanjang tahun ini.

telegram-moshed

Ini adalah disebabkan oleh peningkatan nilai Yuan selepas cuti Tahun Baru Cina dan data jualan runcit domestik yang dilaporkan pada minggu lepas. Yuan meningkat selepas Bank Rakyat China bertindak untuk megurangkan kebimbangan mengenai penurunan tajam nilai Yuan; sekaligus menafikan spekulasi tentang perang mata wang.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data permit bangunan yang dijangka bertambah dari 1.2 juta kepada 1.21 juta unit dan Indeks Harga Pengeluar yang dijangka stabil pada 0.2% di bawah sifar.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register