EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mac 2016

0 1

Euro Dollar yang jatuh lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1055, kembali memacu naik lebih 180 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1240, sebelum menutup sekitar paras $1.1220; setelah keputusan FOMC Feds AS untuk mengurangkan jangkaan jumlah kenaikan kadar mendorong Dollar dijual semula.

Di pasaran Eropah semalam, yang ketiadaan sebarang laporan berimpak tinggi, menyebabkan pasaran dalam dagangan nipis dengan indeks Euro Stoxx 50 berada dalam dagangan ‘sideway’ dari paras tertinggi harian sekitar 3,087 mata ke serendah 3,045 mata, sebelum menutup sekitar paras 3,062 mata.  Euro Bund ditutup lebih tinggi semalam, sekitar €161.75.  Pasaran bon Eropah mengalami kejatuhan teruk minggu lalu selepas ECB menurunkan kadar pinjaman kepada sifar.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan inflasi yang dijangka stabil pada -0.2% dan AS pula bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka bertambah dari 259 ribu kepada 267 ribu.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa