EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mar 2015

0 8

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar melonjak lebih 150 pips Isnin semalam, dari paras terendah harian, sekitar 1.0470, dalam pasaran yang dikuasai aktiviti pengambilan untung, sebelum mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.  Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran EUR|USD sedang berada dibawah pivot mingguan – sekitar 1.0620 – dan pivot hari ini adalah sekitar 1.0552 Downtrend di carta harian masih lagi utuh dengan pembatalan pada sekitar 1.0745

Di pasaran Eropah sabtu lalu, Gabenor bank pusat Itali, Ignacio Visco, dalam satu kenyataan media berkata bahawa “interest rate” Euro-Zone tidak boleh kekal pada paras yang begitu rendah selamanya.  ECB melancarkan program ‘Quantitative Easing’ bagi menjana ekonomi dan meningkatkan inflasi ke paras sasaran sekitar 2%.  Menurut beliau lagi, nilai euro telah jatuh lebih cepat dari yang dijangkakan, dan berkemungkinan QE ini akan menyebabkan harga hartanah dan pasaran saham, meningkat ke paras yang tidak munasabah.

Hari ini Jerman bakal melaporkan “economic sentiment” yang dijangka bertambah baik, dari 53.0 kepada 58.2 dan Euro-Zone pula bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka bertambah baik, dari -0.6% kepada -0.3%  Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data “building permit” yang dijangka bertambah dari 1.05 juta kepada 1.06 juta.  Pasaran dijangka ‘ranging’ dan dalam dagangan berhati-hati sehingga mesyuarat FOMC awal pagi Khamis ini.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa