Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar terus merudum lebih 80 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0675 sebelum menutup sekitar paras 1.0685; walaupun inflasi Euro-Zone dilaporkan sedikit lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Perbuatan pengganas di Paris telah menjadi tajuk-tajuk utama dan kesannya terhadap sempadan terbuka dan trader di Euro-Zone terus membimbangkan.  Pada masa yang sama, Dollar AS semakin meningkat ekoran permintaan untuk ‘safe-haven’, disaat dunia menyaksikan peristiwa yang berlaku di Perancis dan sidang kemuncak G20 di Turki.

Di pasaran Eropah, sebaik sahaja kerajaan Perancis mula mengebom sasaran ISIS di Syria pada malam Ahad, bursa-bursa Eropah semua, mulanya dibuka lebih rendah dan meneruskan penurunan mereka selepas seminggu yang menyaksikan indeks FTSE 100 mengalami hari-hari dagangan yang paling teruk sejak pasaran panik pada pertengahan Ogos lalu.  Pada pembukaan, DAX Jerman dan Perancis CAC 40 dibuka lebih rendah dengan masing-masing sebanyak 1.2% dan 0.9%.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan sentimen ekonomi dari ZEW yang dijangka meningkat dari 30.1 kepada 35.2 dan pada masa yang sama, Jerman juga melaporkan sentimen ekonomi yang dijangka meningkat dari 1.9 kepada 6.7.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan inflasi yang dijangka naik dari -0.2% kepada 0.2% dan inflasi teras yang kekal stabil pada 0.2%.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!